Ahad, 19 Ogos 2018

Kenali logo PH, tak kenal maka tak cinta - Dr Wan Azizah

Rahimah Abdullah, Astro Awani
Kenali logo PH, tak kenal maka tak cinta - Dr Wan Azizah
Dr Wan Azizah hadir pada hari penamaan calon bagi PRK DUN Seri Setia di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya. --fotoBERNAMA
 
PETALING JAYA : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui usaha mendekatkan pengundi untuk lebih mengenali logo Pakatan Harapan (PH) yang akan digunakan buat pertama kali pada PRK Seri Setia dan Balakong akan mengambil sedikit masa.

Justeru katanya, tempoh 21 hari kempen pilihan raya kecil itu akan digunakan sebaiknya bagi memperkenalkan logo rasmi PH kepada pengundi.

"Kita akan guna logo yang baru dan yang kita akan perkenalkan kepada pengundi iaitu logo Pakatan Harapan. Ini memerlukan masa kerana yang tidak kenal maka tak biasa (dengan logo PH). Tak kenal maka tak cinta.

"Jadi kita akan memperkenalkannya dan inilah kali pertama ia diperkenalkan di PRK Balakong dan PRK Seri Setia," katanya kepada media semasa Hari Penamaan Calon PRK Seri Setia di Dewan Sivik MBPJ di sini pada Sabtu.

PH yang diluluskan sebagai sebuah gabungan empat parti yang sah oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) Mei lepas terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat, DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Tiada ulasan: