KEADILAN DAILY
Jawatankuasa Pemilihan Pusat KEADILAN 2018 (JPP 2018) menggesa ahli parti agar menyemak status keanggotaan mereka bagi melicinkan proses pengundian kelak.
Pengerusi JPP 2018 Datuk Rashid Din dalam kenyataannya berkata mereka yang mendapati ada masalah dengan maklumat diri mereka perlu menghubungi ibu pejabat parti menerusi emel ibupejabat@keadilanrakyat.org dengan menyertakan buti engenalan diri sebelum 24 Ogos 2018.
“JPP telah menerima senarai penuh keanggotaan bagi kegunaan pemilihan 2018 daripada Ibu Pejabat KEADILAN.
“Senarai ini akan digunakan bagi proses pengundian yang akan berlangsung dari 14 September sehingga 14 Oktober 2018.
“Untuk memastikan proses pengundian dapat berjalan dengan lancar semua anggota parti diminta untuk membuat semakan status keanggotaan masing-masing melalui laman web rasmi parti https://keadilanrakyat.org atau laman web semakan keanggotaan http://checking.keadilanrakyat.my,” katanya.
Beliau turut menggesa calon-calon yang bertanding untuk membantu menyebarkan maklumat ini kepada semua anggota parti di peringkat cabang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan