Faizal tidak mahu perbalahan pendapat dikemuka secara umum
TAPAH
– Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu menegur Dr Abdul Aziz Bari,
susulan kenyatan berhubung status hak milik 999 tahun tanah kampung
baru, yang dilihat bercanggah dengan keputusan kerajaan negeri.
Beliau
berkata, sesiapa saja boleh memberi pandangan terbuka kepadanya,
termasuk Aziz, EXCO Pendidikan, Sains, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan
Penerangan.
Namun,
katanya, dalam sesetengah hal, ia perlu dibuat secara tertutup kerana
kenyataan yang diutara boleh memberikan pandangan yang tidak baik kepada
rakyat.
“Saya akui tidak gembira dengan kenyataan Aziz yang memberi pandangan berbeza dengan kerajaan negeri melalui media.
“Kerana
dalam mesyuarat EXCO, sesiapa boleh memberi pandangan secara terbuka dan
tertutup dalam pejabat saya, bila-bila masa tapi bukan secara umum.
“Tapi saya
fikir ini pengalaman baru bagi ramai orang termasuk saya dan perkara ini
boleh dibaiki, cuma jangan tunjuk perbalahan dan perbezaan pandangan
itu secara umum, itu tidak bagus,” katanya.
Beliau
berkata demikian selepas menghadiri Majlis Ibadah Korban Sempena Hari
Raya Aidiladha di Masjid Al-Mukmin, Kampung Batu 3 Chenderiang, di sini,
hari ini.
Ketika
ditanya sama ada beliau menerima desakan daripada pemimpin PH lain
berhubung isu milikan tanah berkenaan, Ahmad Faizal berkata, beliau
tidak menerima sebarang tekanan.
Pada masa
sama, beliau juga yakin isu itu dapat diselesaikan segera kerana
kerajaan negeri akan mengadakan sebuah bengkel bagi membincangkan
pelaksanaan semua manifesto PH di Perak termasuk membabitkan isu tanah.
Terdahulu,
ketika sesi penggulungan perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)
Perak, Ahmad Faizal berkata, kerajaan negeri menetapkan pendirian bahawa
cadangan memberikan status hak milik tanah 999 tahun atau hak milik
kekal kepada kampung baru bercanggah dengan Perlembagaan dan tidak dapat
dilaksanakan.
Bagaimanapun, perkara itu menimbulkan rasa kurang senang beberapa pemimpin PH negeri termasuk Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.
Ahmad Faizal
menjelaskan, hal berkaitan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan
negeri dan menegaskan bahawa pendirian pemberian status tanah bercanggah
dengan Perlembagaan Persekutuan adalah salah sama sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan