Rabu, 8 Ogos 2018

HSR: SINGAPURA BUKTIKAN PH ‘PEMBOHONG BESAR’




Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan penafian Singapura terhadap kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mendakwa ada bertemu wakil republik itu atas urusan Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) memalukan negara.

Presiden UMNO itu berkata, kenyataan rasmi negara jiran itu memalukan kerajaan Malaysia kerana disifatkan sebagai ‘pembohong besar’ dan mereka cerita bagi menyedapkan hati rakyat.

“Jika benar kenyataan itu, kami tidak faham maksud sebenar perkara itu dibohongi, sama ada untuk membuktikan kepada rakyat bahawa HSR masih ada dalam jadual pembangunan atau sekadar menunjukkan betapa Kerajaan PH (Pakatan Harapan) benar-benar membuat kerjanya” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

“Perlukah mereka dibohongi bagi menutup kelemahan kita? Selepas kerajaan mencipta penipuan paling besar mengenai kedudukan hutang negara, kini kita disuakan pula dengan pelbagai tipu muslihat oleh kerajaan.

“Belum pun tiga bulan memerintah, kerajaan sudah banyak melakukan ‘silap mata’ terhadap dasar dan janji manifestonya untuk PRU ke-14,” katanya.

Sebelum itu, kerajaan Singapura mengeluarkan kenyataan yang menafikan dakwaan Azmin ada bertemu pemimpin kanan republik itu bagi membincangkan isu HSR.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut membidas tindakan kerajaan baharu PH yang membuat pusingan ‘u’ terhadap janji untuk menghapuskan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan menutup Biro Tata Negara (BTN) yang selama ini dianggap digunakan oleh Barisan Nasional (BN) bagi kepentingan politik.


Tiada ulasan: