Ibuyati
(tengah) bersama Mujahid (kiri) dalam satu pertemuan di Universiti
Pertahanan nasional Malaysia Kuala Lumpur pada tahun 2016 baru-baru ini.
KUALA LUMPUR – Jurucakap sekumpulan penyelidik, Wan Noor Hayati Wan
Alias mendakwa pihaknya berjaya membuktikan dakwaan sesetengah ahli
akademik yang meragui kenderaan komersil boleh menggunakan air sebagai
bahan api adalah salah.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Ibuyati yang juga Tokoh Wartawan
Rakyat itu berkata, pihaknya mengambil inisiatif dan perbelanjaan
sendiri bagi membuktikannya sejak beberapa tahun lepas.
Kepada Malaysia Gazette, Ibuyati menceritakan proses beliau dan
rakan-rakannya melakukan kajian demi kajian mengenai kuasa air
menggantikan petrol.
Sebelum ini, kajiannya mendapati sudah ada pakar luar negara berjaya
membina prototaip kenderaan menggunakan tenaga air namun penciptanya
didakwa mati dibunuh. Kereta prototaip guna air yang dibina oleh Stanley Meyers.
Seperti contoh, model kereta itu pernah direka oleh Stanley Meyers yang mati dibunuh, kata Ibuyati.
“Saya tidak tahu apa yang mereka melakukan dan bagaimana namun saya
mendapat idea penyelesaian ini setelah merujuk kepada pengkaji, Hamid
Yeop Zainuddin yang dalam masa yang sama berkongsi mengenai pembelajaran
kaedah orang Melayu.
“Katanya, sehingga kini banyak yang mustahil dan tidak diketahui pada
pembelajaran Barat tetapi telah lama boleh dilakukan oleh orang
Melayu,” katanya kepada Malaysia Gazette hari ini.
“Ini kerana Barat menggunakan falsafah question to be answered tetapi Melayu menggunakan falsafah answer to be questioned dan tuhan sudah bagi panduan.
“Dalam al- Quran pun disebut, kenalilah diri kamu maka kamu akan
kenali Aku. Itu jelas perintah kajilah diri kita, yang telah sedia ada.
“Jadi tak ada yang tidak ada jawapannya dan semuanya telah ada. Saya
percaya kami mendapatnya kerana mengikut, mengkaji apa yang tuhan telah
sediakan dan bukannya meniru atau membuat apa yang tuhan boleh buat.
“Perhatikan, semasa minum sirap ais, teh ais atau apa-apa sahaja yang
ada air batu dalam gelas, air yang jernih akan terbentuk dengan
sendirinya di luar gelas.
“Adakah gelas itu bocor? Tidak. Jadi dari manakah datangnya air itu?
Jika dengan mudah air boleh terbentuk, maka dengan mudah jugalah air
boleh dipisahkan,” katanya merujuk kepada kaedah Waterfuel ciptaan
kumpulan mereka.
Menurut Ibuyati, jika air terbentuk dari hidrogen dan oksigen yang
sedia ada dalam udara dengan mudah maka air juga boleh dipecahkan kepada
hidrogen dan oksigen juga dengan mudah.
“Jadi, hipotesis ini (air mampu ganti bahan api) menyangkal dakwaan
yang kata mustahil dan ini yang kami berjaya lakukan,” katanya lagi.
Menceritakan latar belakang kajiannya, Ibuyati telah memulakan
penyiasatannya pada tahun 2016 dengan meminta nasihat daripada Hamid
yang juga seorang bekas pensyarah sebuah universiti awam tempatan.
“Ramai yang bertanya kenapa saya memilih Hamid berbanding jurutera
dan profesor, saya menjawab pertama kerana mereka (profesor lain) telah
terbukti gagal.
“Kedua, beliau (Hamid) dipecat tanpa gaji, tanpa pencen, tidak
dibicarakan, tidak dibuktikan kesalahannya dan tidak dipanggil membela
diri. Kejadian sedemikian rupa jelas menggambarkan sesuatu yang istimewa
ada pada dirinya yang menjadi mangsa irihati oleh warga universiti
lain,” ujarnya.
Malah Ibuyati mendakwa bekas Menteri Pendidikan sendiri mempersoalkan
kenapa Hamid yang dianggapnya genius dipecat oleh universiti.
“Faktor ini amat menarik minat saya dan beliau (Hamid) pernah mengajar semua jenis jurutera di universitinya dahulu.
“Misalnya jurutera enjin, jurutera jentera, jurutera minyak, jurutera
kimia, jurutera fizik, jurutera elektrikal, jurutera mekanikal,
jurutera sivil dan pelbagai lagi bidang kejuruteraan.
“Jelas semua apa maklumat yang saya perlukan mengenai kereta, boleh
saya peroleh daripada beliau seorang sahaja. Sudah tentulah akan
memudahkan kajian saya.
“Tidak seperti pakar dan profesor yang tahu satu-satu disiplin sahaja dan terbukti jangkaan saya benar dan tepat,” katanya lagi. Abdul
Hamid Yeop Zainuddin menunjukkan sistem penggunaan air yang dapat
menjimatkan penggunaan petrol pada sesebuah kenderaan diKuala Lumpur
baru-baru ini. foto IQBAL BASRI
Selepas itu, menurut Ibuyati, pihaknya berjaya menghasilkan prototaip
Waterfuel dan telah dan mengujinya sendiri selama tiga tahun dan sampai
sekarang, ia masih boleh boleh digunakan tanpa sebarang masalah dan ia
sudah melebihi tempoh jaminan selama tiga tahun.
Mengulas mengenai kegagalan pakar-pakar dan profesor termasuk Majlis
Profesor Negara, Ibuyati berpendapat, mereka hanya ‘syok sendiri’ dan
tidak melakukannya secara rentas kurikulum seperti dilakukan oleh Hamid
di Jabatan Pendidikan Sains dan Teknik di universiti tempat bekerja
sebelum ini.
“Seperti yang disahkan oleh Datuk Prof. Dr Mujahid dari Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia untuk menghasilkan satu liter hidrogen kita
memerlukan 2,990 jam jadi mustahil untuk digunakan dalam enjin tetapi
kami boleh menghasilkannya mengikut sebarang kadar tempoh masa yang
dikehendaki.
“Jika hendak satu liter seminit pun boleh, satu liter 30 saat pun boleh, satu liter tiga minit pun boleh.
“Setakat prototaip ini, kami gunakan kadar yang cukup untuk membuktikan boleh digunakan dan boleh menjimatkan penggunaan minyak.
Penyelidikan
kumpulan Ibuyati menunjukkan tenaga elektrik tidak sampai 3 amprea
digunakan untuk Waterfuel seterusnya menafikan dakwaan Mujahid baru-baru
ini.
“Ketika ini kami tidak dapat hendak menguji 100 peratus guna air
kerana tiada sumber kewangan dan kekangan undang-undang Jabatan
Pengangkutan Jalan,” katanya.
Justeru, Ibuyati bersedia menerima sebarang sumbangan daripada
mana-mana pihak untuk melengkapkan siasatan dan kajiannya sehingga boleh
dikomersilkan.
“Saya juga bersedia menyerahkan atau menjual hakcipta Waterfuel ini
kepada sesiapa sahaja asalkan boleh dimanafaatkan di seluruh dunia.
Sudah tentulah keutamaan mahu bagi kepada kerajaan untuk kemudahan
rakyat Malaysia,” katanya.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan