KUALA LUMPUR – Pelakon, Fasha Sandha dikecam netizen apabila dia
memuat naik video memakai pakaian yang kurang sopan dan seksi di
Instagram miliknya.
Aktres jelita itu telah berkongsi video di belakang tabir ketika dia
sedang menjalani sebuah sesi pengambaran untuk iklan produk kosmetik.
Ibu tunggal beranak dua itu yang hanya memakai baju jenis tube
berwarna beige yang dipakai labuh sehingga menampakkan lurah payudara
itu. Foto Instagram Fasha Sandha.
Lebih berani bagi menampilkan kelainan, Fasha turut memakai rambut
palsu sepanjang sesi fotografi itu yang dikatakan tidak sesuai dengan
imej beliau sebagai seorang wanita Melayu.
Apa pun, ia bukanlah kali pertama pelakon jelita itu dikecam orang ramai kerana pemakaiannya yang menjolok mata itu.
Meskipun sering dikecam, Fasha seolah kalis malah dia tetap memuat
naik gambar beserta status bahawa orang ramai tetap akan bercakap
tentang dirinya walau apa yang beliau lakukan. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan