Jumaat, 17 Ogos 2018

FAHMI NAFI BAGI LALUAN PADA ANWAR

Wartawan Watan-Online




Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menafi laporan akhbar, The Star bahawa beliau akan mengosongkan kerusi itu dan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memberi laluan menjadi Perdana Menteri.

Menjelaskan kenyataannya sebelum ini, beliau hanya berkata bahawa semua ahli Parlimen sedia untuk mengosongkan kerusi.

“Sebab saya tahu, saya tuan punya badan. Tidak ada perkara itu, saya rasa ini adalah kali kedua dia salah tulis di The Star.

“Saya sebut, mana-mana ahli Parlimen PKR sedia untuk kosongkan kerusi. Adakah awak akan kosongkan kerusi itu yang dia tanya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Khamis.

Beliau berkata demikian merujuk laporan bahawa kerusi Parlimen Lembah Pantai akan dikosongkannya dan beliau akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia.
Fahmi menganggap berita itu palsu yang nyata tidak beretika.

“Realitinya kita baru melepasi pemansuhan Akta Berita Anti Tidak Benar dan ini lebih daripada berita palsu yang dia (wartawan itu) tulis.

PKR dijangka mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia malam ini.

Tiada ulasan: