Khamis, 16 Ogos 2018

Dr Halimah Ali calon PAS di PRK Seri Setia

MALAYSIAKINI
 


PETALING JAYA: PAS menamakan bekas anggota Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali sebagai calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia pada 8 Sept ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengumumkan perkara itu berkata, Dr Halimah yang juga merupakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang dipilih kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang berpengaruh di Selangor.

“Dr Halimah juga sudah beberapa kali hadapi pilihan raya dan menang selain beliau berpengalaman dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Ini sangat penting bagi wakil rakyat yang bukan kerajaan,” katanya di sini, malam tadi.

Turut hadir pada majlis pengumuman calon itu adalah Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi dan bekas calon BN bagi PRK DUN Sungai Kandis Datuk Lokman Noor Adam.

Pada majlis itu juga, Abdul Hadi menyerahkan watikah pencalonan PAS kepada Dr Halimah, 58, yang juga merupakan Anggota Jawatankuasa PAS pusat.—Bernama

Tiada ulasan: