Pelantikan Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying yang juga adik kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebagai Senator menjadikan parti kronisme DAP sebagai parti anak-beranak.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri berkata DAP yang menyerang UMNO dengan tuduhan kronisme dan nepotisme sebenarnya hanyalah untuk menutup sikap sebenar mereka.
“Keluarga mendiang Karpal Singh juga mempraktikkan amalan sedemikian apabila Gobind Singh Deo adalah Ahli Parlimen Puchong manakala Ram Karpal Singh adalah Ahli Parlimen Bukit Gelugor manakala Jagdeep Singh Deo adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat dan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang.
“Dengan Kit Siang merupakan pemimpin paling lama berkuasa dalam dunia, beliau masih mengekalkan jawatan sejak dari awal penubuhan DAP. Beliau mula menjawat jawatan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP pada tahun 1966.
“Sekurang-kurangnya Tun Dr. Mahathir Mohamad telah bersara pada Oktober 2003 dan cuma memegang semula jawatan Perdana Menteri pada 10 Mei 2018,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Bera itu berkata DAP tidak pernah melalui perubahan kekuasaan walaupun mendesak parti lain untuk memberi ruang kepada generasi yang baharu untuk memimpin.
Ismail berkata DAP tidak boleh menyalahkan pihak lain apabila parti itu terkenal dengan label nepotisme yang kuat.
“Struktur kepemimpinan DAP tidak pernah melalui perubahan sebenar sejak kewujudannya pada 1966. Supremo parti itu masih Lim Kit Siang dan putera mahkotanya Lim Guan Eng (yang berubah hanya jawatan).
“Suatu ketika sepanjang riwayat politiknya, Kit Siang sering mendesak para pemimpin Barisan Nasional meletak jawatan kerana kamu sudah terlalu lama, beri peluang kepada yang lain, anda sudah tua, tapi dia sendiri pula macam mana?
“Nepotisme berada di kedudukan tertinggi dalam DAP, sehinggakan pernah para penyokong parti sosialis itu mempersenda DAP sebagai sebuah syarikat sendirian berhad – DAP Sdn. Bhd.,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan