MARANG – Kerajaan Terengganu berharap bahawa kerajaan
Persekutuan mempertimbangkan semula pembatalan Projek Laluan Rel Pantai
Timur (ECRL) kerana ia akan menjejaskan perkembangan ekonomi negeri
ini.
Menteri Besar Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar yang mengetahui
mengenai pembatalan itu menerusi media massa berkata, ketika ini proses
awal seperti membina laluan, stesen, terowong, jambatan telahpun
dilakukan termasuk proses pengambilalihan tanah.
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis korban perdana Dewan
Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, di Kampung Rhu Muda, di sini, hari
ini.
Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
berkata kerajaan memutuskan untuk membatalkan projek usahasama dengan
kerajaan China dan akan cuba mencari jalan penyelesaian tanpa perlu
membayar pampasan yang tinggi kepada pihak yang terlibat dalam projek
berkenaan.
Projek ECRL yang dicadangkan pentadbiran bekas perdana
menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum itu mencetuskan kontroversi
berikutan kosnya yang mencecah hingga RM70 bilion.
Mengikut perancangan, laluan sepanjang 688 kilometer itu
menghubungkan Pelabuhan Klang di Pantai Barat dengan Pantai Timur
melalui Kuantan, di Pahang dan berakhir di Pengkalan Kubor di Kelantan.-
MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan