Intan Zalila Baharudin, Astro Awani
KUALA KANGSAR: Sekali lagi
kes kebakaran berlaku melibatkan Sekolah Menengah Agama di Perak apabila
terbaharu sebuah asrama perempuan dua tingkat SMA Madrasah Idrisiah, di
sini musnah 20 peratus dalam kebakaran kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
Kebakaran tersebut berlaku di tingkat atas bangunan asrama kayu itu dan melibatkan siling serta perkakasan dalamannya.
Namun, tiada mangsa terlibat yang dilaporkan.
Kebakaran tersebut berlaku di tingkat atas bangunan asrama kayu itu dan melibatkan siling serta perkakasan dalamannya.
Namun, tiada mangsa terlibat yang dilaporkan.
"Setibanya jentera di tempat kejadian, pihak bomba mendapati sebuah asrama perempuan kelas B sedang terbakar di tingkat satu.
"Kebakaran melibatkan perkakas di dalam asrama perempuan berkenaan membabitkan barangan seperti katil, almari serta siling di tingkat satu dan tidak melibatkan mangsa," katanya apabila dihubungi Astro Awani hari ini.
Katanya, sepasukan anggota daripada BBP Sungai Siput turut diarahkan ke lokasi kejadian bagi membantu BBP Kuala Kangsar.
"Operasi pemadaman dan pemantauan masih dijalankan anggota di lokasi kejadian.
“Siasatan susulan berkenaan punca kebakaran akan dilakukan sebaik sahaja operasi pemadaman serta pemantauan selesai,” katanya.
Minggu lalu, SMA Maahad Al-Islah Sungai Lampam, Teluk Intan juga mengalami nasib sama apabila tingkat dua bangunan asrama perempuan sekolah agama itu turut mengalami kebakaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan