Rabu, 22 Ogos 2018

Aliran trafik tiga laluan ditutup bagi kerja pembinaan MRT


Trafik‎
Gambar Hiasan
 
 
KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Jalan Kuala Selangor, Persiaran Dagang dan Jalan Ipoh akan mengalami gangguan bermula 23 Ogos ini bagi memberi laluan kepad kerja-kerja pembinaan  MRT Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya (MRT SSP).

MMC Gamuda KVMRT Sdn. Bhd dalam kenyataan hari ini berkata penutupan penuh lorong sepanjang 50 meter akan dilakukan secara berkala di Jalan Kuala Selangor (arah Sungai Buloh) sehingga 30 Nov ini bermula 10 malam hingga 6 pagi (Ahad-Jumaat) dan 10 malam hingga 8 pagi (Sabtu dan cuti umum).

"Semasa penutupan selama tiga bulan ini, laluan kontra sebanyak dua lorong akan dibuka di arah Kepong. Pemandu yang menuju ke arah Sungai Buloh perlu menggunakan laluan kontra ini yang bermula dari persimpangan Bandar Sri Damansara sehingga Indah Water Konsortium (IWK),” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, penutupan lorong secara berkala juga dilakukan di Persiaran  Dagang (arah  Sungai Buloh dan Kepong) selama dua bulan bermula 23 Ogos hingga 4 Okt dari 8 pagi hingga 6 petang atau 10 malam hingga 6 pagi.

"Antara laluan yang bakal terjejas pada 8 pagi hingga 6 petang ialah ersiaran Dagang SD1/1b menghala Persiaran Mahogani, tapak stesen BHP Persiaran Dagang hingga bangunan De'  Showroom menghala Persiaran Cemara dan tapak stesen Petron di sepanjang Persiaran Mahogani hingga tapak bangunan Continental, Persiaran Dagang.

"Bagi penutupan pada 10 malam hingga 6 pagi, ia akan bermula dari tapak bekas pusat servis Proton di sepanjang Persiaran Mahogani menghala ke Kepong," katanya.

Penutupan lorong kanan di Jalan Ipoh (arah Kepong)  berhadapan  Pusat Perniagaan Batu Kompleks dan Petron juga akan dilanjutkan kepada tiga bulan lagi bermula 23 Ogos hingga 23 Nov selama 24 jam dengan pemandu yang menuju ke arah Kepong akan dialihkan ke lorong tengah.

Tiada ulasan: