ANTARAPOS.COM
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Ahli
Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad untuk mendapat kebenaran merayu
dalam usaha memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keperlembagaan
peruntukan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (negeri Selangor) 2003.
Permohonan itu ditolak secara sebulat suara oleh panel tiga hakim
diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md. Raus Sharif yang bersidang
bersama Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop dan Datuk Aziah Ali.
Wakil rakyat pembangkang itu memohon kebenaran merayu keputusan
Mahkamah Rayuan pada 9 November tahun lalu yang menolak rayuannya untuk
memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.
Khalid memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar
keperlembagaan peruntukan yang dakwaannya dikenakan ke atas beliau,
dengan mendakwa Seksyen 119 menyalahi Perkara 11 (1) dan Perkara 4
Perlembagaan Persekutuan. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dinamakan
sebagai responden.
Tindakan mahkamah itu dibuat ekoran pendakwaan terhadapnya di Mahkamah
Rendah Syariah Klang atas kesalahan mengajar tanpa tauliah di Surau
Taman Semanta, Klang, pada 16 Ogos 2011, mengikut Seksyen 119 enakmen
itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan