Semalam Sinar Harian mengumumkan pihaknya mendapat
kebenaran untuk mengadakan program dengan beberapa syarat yang
digariskan oleh pihak polis.
PETALING JAYA: Sinar Harian mengumumkan pihaknya terpaksa membatalkan debat Tun Dr Mahathir Mohamad-Datuk Seri Nazri Aziz yang dijadual pada 7 April ini ekoran pembatalan permit kebenaran oleh pihak polis hari ini.
Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf (KKSB) Datuk Hussamuddin Yaacob berkata, pembatalan ini dibuat selepas pihaknya menerima surat daripada Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat, petang tadi.
Semalam beliau mengumumkan pihaknya mendapat kebenaran untuk mengadakan program dengan beberapa syarat yang digariskan oleh pihak polis.
Menurutnya, surat itu memaklumkan pembatalan permit yang dikeluarkan kepada KKSB sebelum ini.
“Saya memohon maaf kepada semua pembaca Sinar Harian, Dr Mahathir dan Nazri.
“Alasan yang diberikan adalah bantahan daripada penduduk sekitar kawasan tersebut dan selepas dikaji dan ditimbang dari segi ketenteraman awam dengan ini kelulusan permit himpunan aman dibatalkan,” kata beliau yang dilaporkan oleh Sinar Harian Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan