Tidak
dinafikan pameran Halalfest 2016 anjuran Kementerian Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah (KKLW) di The Mines, Seri Kembangan cukup menarik
untuk dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat.
Pelbagai jenis barangan hasil hampir 500 usahawan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) sama ada produk makanan mahupun perkhidmatan dipamerkan di sini sekaligus dijual kepada pengunjung.
Semua usahawan yang kebanyakannya dari kawasan pedalaman ini tampil dengan produk yang dibuat dan diberi jenama sendiri dengan menjadikan Halalfest 2016 sebagai pembuka jalan untuk melangkah lebih jauh dalam dunia perniagaan.
Banyak pilihan yang boleh membuat pengunjung rambang mata tetapi antara yang menarik perhatian adalah kehadiran dua beradik dari keturunan Orang Asli suku Temuan yang menjual produk kerepek berasaskan rumpai laut.
Agak malu untuk berbual, Mira a/p Andomin dan adiknya Niza yang berasal dari Cameron Higghlands, Pahang berkata, mereka nekad untuk tinggalkan keluarga demi mencari masa depan yang lebih selesa.
“Kami didatangi oleh Ketua Pegwai Eksekutif Teego Snack Food, Nur Liyana Abd Malek yang mempelawa kami untuk bekerja di Kuala Lumpur.
“Setelah mendapat persetujuan ibubapa, kami pun berangkat bersama Nur Liyana yang kemudiannya mengajar kami cara-cara membuat kerepek menggunakan bahan daripada rumpai laut.
“Memang kami tidak pernah tahu tentang rumpai laut, apa lagi hendak membuat kerepek tetapi disebabkan kesungguhan Nur Liyana, akhirnya kami ‘lulus’ untuk mengeluarkan produk ini setelah tiga bulan diajar,” kata Mira sambil diperhatikan Niza, 18 tahun yang hanya tersenyum malu sepanjang perbualan.
Walaupun tidak pandai memberi penerangan lanjut mengenai kerepek yang dihasilkan, kata Mira, rumpai laut adalah antara makanan berkhasiat tinggi yang sedang mendapat tempat di hari orang ramai.
“Kerepek ini tahan lama dan rasanya juga sedap dengan rasanya yang tersendiri, tidak pernah akan sama dengan mana-mana kerepek yang ada di pasaran.
“Memang kerepek ini dihasilkan syarikat yang membawa dan mengajar kami tetapi pembuatannya adalah hasil kerja kami sepenuhnya.
“Mungkin belum masanya untuk saya berdikari atas syarikat sendiri kerana saya baharu setahun bekerja di kilang kerepek ini yang terletak di Subang Jaya,” ujarnya.
Bercakap tentang keseronokan bekerja di luar kampungnya, Mira yang berusia 19 tahun berkata, secara peribadi, dia masih belum dapat menyesuaikan diri dengan cara hidup remaja sepertinya di bandar besar.
“Kadang-kadang wujud juga perasaan rendah diri bila berada dalam kelompok masyarakat bandar kerana kehidupan asal kami tidak sama.
“Nasiblah rakan-rakan sekerja di kilang semuanya baik-baik belaka dan mudah mesra menjadikan kami cukup selesa dan tidak terasa dipinggirkan,” katanya yang menyusun jadual pulang ke kampung setiap tiga bulan sekali.
Mengharapkan produk yang dihasilkan mendapat sambutan ramai, Mira menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk memperkenalkannya kepada orang ramai.
“Saya yakin ia bakal menjadi makanan ringan kegemaran ramai satu hari nanti kerana rasanya yang lazat selain berkhasiat.
“Datanglah ke Halalfest 2016 dan jangan lupa singgah di tapak pameran kami.
“Halalfest 2016 dibuka 31 Ogos lepas sempena sambutan hari kemerdekaan dan berakhir esok, 4 September 2016,” jelas Mira. - MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan