"Hubungan kita dengan 1MDB adalah setakat ini hanya membabitkan beberapa bon yang dijamin oleh kerajaan," kata Johari.
KUALA LUMPUR: Tiada mana-mana kakitangan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang digaji oleh Kementerian Kewangan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani.
“Ia (1MDB) adalah sebuah syarikat dan kita adalah badan kerajaan. Terdapat perbezaan antara kedua-duanya.
“Hubungan kita dengan 1MDB adalah setakat ini hanya membabitkan beberapa bon yang dijamin oleh kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas Sidang Kemuncak Perbankan Malaysia ke-20 di sini, hari ini.
Semalam, Johari dilaporkan berkata bahawa aset firma pelaburan strategik kerajaan itu akan dipindahkan ke Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) menjelang pertengahan Jun ini.
Beliau berkata 1MDB, kemudian akan menjadi sebuah syarikat tidak aktif untuk menguruskan liabiliti dan bon yang telah diterbitkannya.
“Ini tidak bermakna kerajaan perlu mengambil (menggaji) kakitangan mereka. Itu bukan cara kita,” latanya.
– Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan