Ikrar itu dinyatakan dalam satu surat yang dialamatkan kepada Wan Azizah, bertarikh 19 Mei dan ditandatangani Ketua PKR Wilayah Persekutuan, Dr Idris Ahmad.
Idris mengesahkan kesahihan surat itu ketika dihubungi Malaysiakini.
Di dalamnya, ADUN Ijok itu memperincikan hasil mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan pada 18 Mei, yang bersetuju untuk:
- Menyokong sepenuhnya Wan Azizah sebagai pemimpin utama parti itu.
- Menolak penglibatan Mahathir dan Umno dalam gagasan Deklarasi Rakyat.
- Mengetepikan Deklarasi Rakyat dan terus menyokong gerakan reformasi untuk menyelamatkan Malaysia, menukar institusi kerajaan, dan membebaskan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Yang mana hadir mesyuarat sebulat suara sokong. Siapa yang tak hadir saya tak tahulah sokong atau tidak," kata Idris.
Ditanya mengapa mereka menulis surat itu, beliau berkata ia adalah sebagai tindak balas kepada serangan Dr Mahathir terhadap Anwar.
"Dr Mahathir kutuk habis-habis ketua umum (PKR), kata tak layak (memimpin), tua sangat lah dan macam-macam.
"Takkanlah kita sebagai ahli parti, pemimpin nak biar je ketua kita dikutuk," tegasnya.
Idris juga mengecam Deklarasi Rakyat dengan mengatakan ia tidak berjuang untuk pembebasan Anwar mahupun membuat pembaharuan, tetapi semata-mata bertujuan untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Kami tidak mahu parti terpesong dari misinya," tambah beliau.
Pengisytiharan PKR Wilayah Persekutuan itu muncul tiga hari selepas surat daripada Anwar kepada PKR yang memberi amaran kepada mereka tentang kerjasama dengan Mahathir, dan telah dibocorkan kepada orang ramai pada 16 Mei.
Anwar mengeluh kerana beberapa pemimpin PKR bersekongkol dengan Mahathir dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang didakwa membela golongan elit dan mengamalkan kronisme.
Beliau memberi amaran bahawa bekerja dengan mereka boleh menjejaskan perjuangan PKR.
Anwar berkata Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dan Naib Presidennya, Tian Chua diberi kuasa untuk berunding mengenai Deklarasi Rakyat, tetapi hasilnya bertukar menjadi satu 'dokumen Mahathir yang cacat'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan