Isnin, 30 Mei 2016

BSI ditutup, surat Bank Negara dalam radar Deklarasi Rakyat

MALAYSIAKINI


Dua perkembangan terbaru berkaitan 1MDB berada dalam radar pemantauan sekretariat Deklarasi Rakyat, kata setiausahanya, Datuk Kamarudin Jaffar, hari ini.

Pertama ialah penutupan Bank BSI dan permulaan prosiding jenayah oleh Pihak Berkuasa Kewangan Singapura, ekoran pelanggaran peraturan penggubalan wang haram, berkaitan 1MDB.

Yang lain ialah surat Bank Negara bertarikh 6 April 2016, oleh pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Kamarudin Jaffar menambah, dua perkembangan itu dilihat memburukkan reputasi dan kredibiliti Malaysia.

“Surat itu mengesahkan Good Star Limited dimiliki oleh Low Taek Jho (juga dikenali sebagai Jho Low), dan bukan Petrosaudi International.

“Dokumen tersebut menyokong dakwaan Wall Street Journal bahawa “Daripada pelaburan AS$1.83 bilion oleh 1MDB yang dipegang oleh Petrosaudi International Limited, sekurang-kurangnya AS$1.03 bilion telah disalurkan kepada Good Star Limited, yang dimiliki oleh Jho Low”.

Namun begitu, tambah Kamarudin, kedua-dua Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Bank Negara mengatakan kes 1MDB telah ditutup.

Ini berlaku ketika sekurang-kurangnya tujuh negara serata dunia, ujar beliau, sedang menjalankan penyiasatan berkitan 1MDB, dan mereka dilihat tidak bersetuju dengan tindakan peguam negara dan bank pusat tersebut.

“Penutupan kes berkaitan 1MDB terus mengheret Malaysia ke kemelut reputasi, kredibiliti kewangan dan integriti fiskal antarabangsa.

Tiada ulasan: