Isnin, 30 Mei 2016

Iklan wanita China ‘cuci’ lelaki kulit hitam dikecam

 
Iklan dianggap rasis itu kini viral di Weibo dan beberapa laman sosial antarabangsa termasuk Facebook.
 
 
 
viral-1


PETALING JAYA: Sebuah iklan sabun basuh menampilkan wanita ‘mencuci’ seorang lelaki berkulit hitam dikecam kerana didakwa mempromosikan unsur perkauman.

Pelayar laman sosial China, Weibo sangat marah dan mengecam iklan itu.

Dalam iklan 50 saat itu, seorang lelaki dilihat sedang cuba memikat seorang wanita China, tetapi wanita itu kemudian memasukkan sabun basuh ke dalam mulut lelaki itu.

Wanita itu kemudian dilihat memaksanya masuk ke dalam mesin basuh dan “dibasuh” sebelum keluar semula dan bertukar menjadi lelaki China.

Iklan tersebut dianggap rasis dan menjadi viral di Weibo dan beberapa laman sosial antarabangsa termasuk Facebook.

“Kakitangan pemasaran di China tak diajar tentang bangsa?” kata pelayar di Weibo.

“Kalau anda tak faham mengapa iklan ini rasis, tahniah. Anda seorang rasis,” kata seorang lagi.

Syarikat di sebalik iklan tersebut, Qiaobi belum memberi sebarang respons terhadap kecaman tersebut.

Sebelum ini, poster promosi filem ‘Star Wars: The Force Awakens’ yang menampilkan pelakon utama berkulit hitam, John Boyega turut diubahsuai di China.

LIHAT VIDEO DI SINI.

Tiada ulasan: