Tindakan
Umno memberikan laluan kepada Presiden Pas untuk membentang Rang
Undang-undang (RUU) Persendirian Akta 355 dibantah keras oleh komponen
Barisan Nasional (BN) hatta kerana alasan tektikal sekalipun.
Pelbagai
cara dibuat oleh mereka untuk membuat bantahan itu termasuk mengadakan
sidang media dan juga surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak.
Bagi
mereka, Pas telah dibenarkan berbuat demikian oleh Umno padahal
mesyuarat BN Mac 2015 dan mesyuarat Kabinet 20 Mei 2016 telah menolak
cadangan perbentangan RUU itu.
Selain
MCA, MIC dan Gerakan yang membuat bantahan melalui sidang media, parti
Upko yang menjadi kerabat BN dari Sabah sudah menghantar surat bantahan
rasmi sejak 25 Mei lagi iaitu sehari sebelum Presiden Pas membentangkan
RUU itu.
"Upko
dengan ini menolak sekeras-kerasnya usaha untuk membentangakn RUU
terswebut 'even if it is for tactical purposes'," tulis Pemangku
Presiden Upko yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk
Wilfred Madius Tangau, dalam suratnya kepada Najib.
Bagi
Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Perlembagaan Persekutuan
tidak membenarkan sistem dua sistem kehakiman dalam isu jenayah.
Tiong
Lai dilaporkan menyerang Umno dan Pas secara terbuka dalam isu
pembentangan rang undang-undang berkaitan hudud di parlimen, lapor
Malaysiakini.
Dalam wawancaranya dengan akhbar Cina, Liow menuduh Umno bersekongkol dengan Pas dan mengkhianati semangat BN.
"MCA akan bincangkan perkara ini dengan anggota komponen lain BN," beliau dipetik sebagai berkata oleh Sin Chew Daily.
Namun
begitu, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya
semalam menyifatkan parti-parti komponen BN lebih beradab berbanding
DAP.
"Kami
rasa kesal kerana DAP menunjukkan sikap anti-Islam. Terang-terang saya
sebut di sini, DAP anti-Islam, mereka nak memusuhi orang Islam. Tidak
beradab dengan orang Islam.
"MCA,
Gerakan, MIC dan banyak parti bukan Islam lain (mungkin) tidak setuju
(dengan usul) tapi mereka ada adab. Tapi DAP tidak tunjuk adab. Dia
melenting dan terus menentang apa yang berkaitan orang Islam,
(sedangkan) tidak berkaitan dengan dia pun," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan