KARAK: Serpihan pesawat yang disyaki milik pesawat MH370 yang ditemui di Mozambique, tiba di negara ini hari ini.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lain yang dipetik The Star
Online berkata, serpihan yang mengandungi perkataan 'No Step' itu akan
dianalisa oleh pakar bagi menentukan sama ada ia milik pesawat malang
berkenaan.
"Kita akan menghantarnya ke Australia untuk pemeriksaan lanjut,"
katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pelajar
cemerlang di SMK Karak Setia, tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan