Khamis, 3 Mac 2016

Objek di Mozambique belum disahkan milik MH370

SINAR HARIAN


MH370


KUALA LUMPUR - Belum dapat disahkan bahawa objek yang  ditemui di Mozambique ialah milik MH370, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata.

Beliau berkata Jabatan Penerbangan Awam (DCA) kini bekerjasama dengan rakan sewatannya dari Australia untuk memindahkan serpihan tersebut.  

"Saya menyeru semua pihak supaya mengelak daripada membuat sebarang spekulasi kerana kami belum dapat mengesahkan bahawa serpihan itu ialah milik MH370 ketika ini," kata beliau dalam laman Twitter malam tadi.  

Tiong Lai mengulas laporan media antarabangsa bahawa objek yang dijumpai di beting pasir di Terusan Mozambique mungkin serpihak dari pesawat Boeing 777, dan sedang diperiksa oleh para penyiasat yang menjejaki MH370 yang hilang.  

[ARTIKEL BERKAITAN: Serpihan Boeing 777 ditemui, mungkin MH370?]

"Ia belum dapat disahkan@dca_malaysia sedang bekerjasama dengan rakan dari Australia untuk mengeluarkan serpihan itu," kata Tiong Lai.

MH370 membawa 239 penumpang dan krew apabila ia dilaporkan hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, 2014.

Pada 29 Julai tahun lepas, serpihan yang dijumpai di Pulau Reunion di Lautan Hindi telah dihantar ke Perancis untuk dianalisis. 

Pada 6 Ogos tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa serpihan itu ialah milik MH370, dan usaha diteruskan bagi mencari pesawat tersebut. - Bernama


Tiada ulasan: