KUALA LUMPUR: Malaysia kekal sebagai lokasi pilihan bagi operasi
perniagaan, terutama industri berkaitan petrokimia, minyak dan gas,
meskipun berhadapan cabaran global.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida)
Datuk Azman Mahmud berkata Malaysia memiliki infrastruktur untuk
ketiga-tiga industri berkenaan, selain asas ekonomi negara ini tetap
kukuh, dengan ekonomi dijangkakan berkembang antara 4.0 dan 4.5% tahun
ini.
"Menerusi pelaksanaan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) dan
projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid),
Malaysia kini berada dalam peta dunia dari segi peluang pertumbuhan
dalam ekosistem ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan
Simposium Schmidt + Clemens Group.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan