Ahad, 6 Mac 2016

Hadi tolak tanda tangan Deklarasi Rakyat

ANTARAPOS.COM


Post Pic


SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak Deklarasi Rakyat ditandatangani semalam yang bertujuan menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Antara yang menurunkan tanda tangan tetapi mereka bukan mewakili mana-mana pertubuhan atau kumpulan…tanda tangan, tetapi kami (PAS) mempunyai pendirian kami sendiri.

“Ada resolusi yang kami boleh terima, ada yang tidak boleh kami terima da nada resolusi yang kami bersedia untuk tambah,” kata beliau dalam video dimuatnaik dalam Facebook rasmi PAS.

Hadi tidak secara jelas menyatakan pendirian PAS tetapi mengingatkan kembali ahli Umno bukan musuh parti Islam itu.

“Ada beberapa pemimpin (PAS) di kalangan kami yang menghadari (majlis tanda tangan Deklarasi Rakyat) – kita wajar memahami kenyataan saya buat beberapa hari lalu.

“Saya mengeluarkan kenyataan PAS tidak bermusuh dengan ahli Umno, PAS hanya menolak ideology Umno.

“Kita berbeza dengan Umno dari segi ideology tetapi kita tidak mahu bermusuh dengan ahli Umno; kita perlu memahami bahawa itu ialah dua perkara berlainan,” tambahnya.

Hadi berkata, pada akhirnya PAS memerlukan undi daripada ahli Umno.

“Boleh kita menang dengan undi ahli PAS sahaja? Kita tidak boleh menang dengan ahli PAS semata-mata.

“Jika boleh, kita mahu ahli Umno mengundi kita juga. Kita juga mahu bukan Islam mengundi kita,” kata.

Hadi berkata, bagi PAS krisis dihadapi negara sekarang perlu ditangani oleh pemimpin-pemimpin.

Tiada ulasan: