Khamis, 10 Mac 2016

Gesa SPR jelas dakwaan BN belanja lebih RM1.5 juta

Shamsul Iskandar Mohammad Akin


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan mengenai dakwaan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang BN membelanjakan RM1.6 bilion dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 13.

Jelasnya, sekiranya dakwaan tersebut didapati benar, maka ia merupakan satu bentuk pelanggaran kepada undang-undang pilihan raya.

"Jika kiraan kasar dibuat bagi setiap kerusi yang ditandingi BN dalam PRU13, maka BN telah membelanjakan wang sebanyak RM94.4 juta.

"Apakah kewajaran untuk BN berbelanja lebih dari RM1.5 bilion," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mukhriz dakwa Najib belanja RM1.5b untuk PRU13]

Menurut Naib Presiden PKR  itu lagi, RM1.5 bilion adalah nilai yang teramat besar serta mencecah 16 kali ganda dari jumlah yang dibenarkan SPR.

"Seksyen 19 Akta Pilihan Raya 1954 hanya membenarkan belanja RM200,000 bagi calon Parlimen dan RM100,000 bagi calon Dun.

"Selain, mengikut akta itu, calon bagi setiap kerusi Parlimen dan kerusi negeri, masing-masing tidak boleh berbelanja melebihi had yang ditetapkan," katanya.

Ujarnya lagi, pendedahan yang dibuat oleh Mukhriz itu jelas membuktikan bahawa BN telah melanggar garis panduan yang telah ditetapkan secara terbuka.


Tiada ulasan: