ADNAN MOHAMAD
Seramai 50 pekerja
digunakan untuk menjalankan kerja mengecat yang bermula di bahagian
dalam stadium sejak semalam. Foto ihsan Perbadanan Stadium Kelantan
KOTA BHARU, Sebanyak 300 tin cat jenama DSV Pink yang ditempat khas dari sebuah kilang di Kuala Lumpur bakal digunakan bagi mengecat bahagian luar dan dalam Stadium Sultan Muhamad Ke IV.
Di samping itu seramai 50 pekerja digunakan untuk menjalankan kerja mengecat yang bermula di bahagian dalam sejak semalam.
Difahamkan, projek mengecat dijalankan
oleh Syarikat Impian Berkat Trading selepas dilantik oleh Persatuan
Bolasepak Kelantan (Kafa).
Menurut sub-kontraktor yang mengetuai
kerja terbabit, Hassanuddin Salleh, pekerja yang menjalankan tugas
terbahagi kepada dua kumpulan dan mereka akan berkerja bermula jam.8.30
pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali Jumaat.
Menurutnya, kerja mengecat bahagian dalam
sudah bermula semalam, termasuk pagar dan juga kerusi manakala
selebihnya akan dibuat berperingkat-peringkat termasuk di astaka, tempat
duduk batu, bilik persalinan dan lain-lain.
“Kita
menjangkakan kerja mengecat ini akan selesai pada 11 Februari depan
iaitu dua hari sebelum perlawanan pertama Liga Super Malaysia yang
dijadualkan bermula pada 13 Februari depan.
“Kita jangka kerja mengecat ini akan siap sepenuhnya dalam tempoh tiga minggu lagi.
“Kami semua sebenarnya amat berbesar hati
kerana dapat melakukan kerja mengecat stadium keramat ini.Saya terasa
sebagai satu penghargaan kepada kami semua kerana ditugaskan mengecat
baru stadium yang sudah berusia 49 tahun ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan