Jumaat, 29 Januari 2016

'Hidup Mukriz' bergema sebelum MT Umno bersidang

MALAYSIAKINI


 


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir disambut oleh penyokongnya setiba di Pusat Dagangan Dunia Putra dengan slaungan 'Hidup Mukhriz'.

Anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kemudiannya bersalaman dengan kira-kira sepuluh penyokongnya sebelum bergegas menuju ke Menara Dato Onn.

Mukhriz menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini di mana spekulasi bertiup kencang bahawa beliau akan digugurkan sebagai menteri besar.












Terdahulu di Masjid Negara, Mukhriz memberitahu pemberita bahawa beliau tidak mendengar apa-apa laporan bahawa beliau akan disingkirkan.

"Saya tidak pernah dengar apa-apa [...] Sumber maklumat itu boleh dipersoalkan," katanya kepada pemberita selepas solat Jumaat.

Mahathir juga menolak bahawa pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Darul Aman, di Kuala Lumpur pagi tadi adalah untuk menyingkirkan anaknya itu.

"Jika mereka mahu jumpa, jumpalah," kata Dr Mahathir ringkas ketika turut hadir di Masjid Negara.

Tiada ulasan: