Ahad, 31 Januari 2016

Gesa tangani segera isu 1MDB elak persepsi negatif


ZAID IBRAHIM
ZAID IBRAHIM


SHAH ALAM - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, Malaysia perlu menangani segera skandal 1MDB supaya dapat mengelakkan persepsi negatif daripada masyarakat antarabangsa.

“Jika kerajaan mahu dilihat sebagai negara teruk yang membenarkan perbuatan jenayah, maka kerajaan tidak perlu berbuat apa-apa.

“Tetapi jika kerajaan mahu menjadi sebahagian daripada masyarakat dunia yang bertamadun dan menghormati kedaulatan undang-undang, maka mereka mesti mematuhi dan memberikan maklumat yang diperlukan kepada Peguam Negara Switzerland,” katanya.

Beliau berkata demkian ketika ditemui selepas majlis pelancaran buku bertajuk “Merdekakan Minda Melayu” karya Dr M Bakri Musa di Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB nafi dihubungi Pejabat Peguam Negara]

Laporan media antarabangsa menyebut, wakil Pejabat Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber menjelaskan, bahawa beliau secara rasminya meminta bantuan Malaysia berhubung siasatannya terhadap 1MDB, semalam.‎

Kata Lauber, permintaan itu adalah mengenai kemungkinan berlaku pelanggaran undang-undang negara yang berkaitan dengan dakwaan sogokan kepada pegawai asing, dakwaan salah laku di pejabat awam, dakwaan pengubahan wang haram dan dakwaan jenayah salah urus di 1MDB.

Jumlah yang didakwa diseleweng itu disyaki sekitar AS$4 bilion (RM16.6 bilion)

Tiada ulasan: