Khamis, 21 Januari 2016

PERKASA turun bantah TPPA tapi duduk jauh dari DAP

Anne Muhammad


 


PERKASA akan menyertai perhimpunan membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang bakal diadakan Sabtu ini di Dataran Merdeka.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata sekiranya DAP turut menyertai perhimpunan itu, pihaknya akan 'duduk' berjauhan dari parti itu.

"Dia dia, kita kita, padang pun nak duduk luas. Jadi DAP duduk hujung ini, saya duduk hujung ini.
“Seeloknya bantah (TPPA) ini dibuat oleh NGO, kalau parti politik nak buat biarlah parti politik buat. Jadi, ada dua perhimpunan dengan matlamat yang sama.

"Jangan buat kesimpulan bahawa siapa yang menyertai membantah (TPPA) ini cakap kita (PERKASA) sama dengan mereka (parti politik). Tidak, kita sama dari segi isu tetapi bukan sama dari segi roh perjuangan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat PERKASA hari ini.

Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada PERKASA akan menyertai perhimpunan membantah TPPA Sabtu ini.

Ditanya mengapa PERKASA tidak mahu 'duduk' bersama-sama dengan DAP dalam himpunan itu, Ibrahim berkata:

"Kerana masalahnya begini. DAP adalah parti politik. PAS juga parti politik. Apabila kita menghadiri (perhimpunan bantah TPPA) kita tidak mahu dilihat bersama-sama dengan parti pembangkang.

"Sebab parti pembangkang dia ada dua isu. Dia (selalunya) membantah dan mempunyai kepentingan politik. Sebab itu jika ada perhimpunan-perhimpunan kerajaan pun, kita pun tak pergi," katanya.

Tiada ulasan: