Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berjanji jika Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya, rakyat akan terus menerima pemberian tunai sambil menikmati kos yang lebih rendah hasil daripada tadbir urus yang baik.
"Di bawah Pakatan Harapan, rakyat Malaysia tidak perlu mempunyai dua pekerjaan untuk terus hidup
"Pakatan Harapan akan meringankan beban 30 juta rakyat Malaysia dengan memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan.
"Rakyat Malaysia akan masih menerima Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) dan tanpa GST, kesan daripada kerajaan yang bersih dan
menjalankan tender terbuka," kata Lim dalam ucapan tahun baru hari ini.
Dalam mesej yang dipaparkan di laman Facebook rasmi beliau, Lim berkata BN menjadikan keadaan ekonomi lebih buruk kerana "pengurusan ekonomi yang gagal".
Dalam mesej yang dipaparkan di laman Facebook rasmi beliau, Lim berkata BN menjadikan keadaan ekonomi lebih buruk kerana "pengurusan ekonomi yang gagal".
Beliau merujuk kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan bahawa rakyat Malaysia
perlu melakukan dua kerja untuk menampung kos hidup.
Tidak wajar jadi hamba ekonomi
Lim turut membidas Ahmad kerana mengheret namanya dalam cadangan supaya orang ramai melakukan dua pekerjaan.
Lim turut membidas Ahmad kerana mengheret namanya dalam cadangan supaya orang ramai melakukan dua pekerjaan.
"Walaupun saya melakukan pelbagai tanggungjawab dalam
kerajaan dan parti politik saya, saya hanya mempunyai satu kerja iaitu
berkhidmat kepada rakyat," katanya.
Lim berkata demikian sebagai respon kenyataan Ahmad
bahawa beliau juga melakukan tiga pekerjaan sebagai Ahli Parlimen, ADUN
dan ketua menteri.
Menurut Lim, sudah tiba masanya rakyat Malaysia
menyingkirkan pemimpin BN seperti Ahmad Maslan dan hidup dalam ekonomi
yang lebih bermaruh dengan melakukan satu pekerjaan.
"Rakyat Malaysia tidak wajar menjadi hamba ekonomi oleh BN.
"BN perlu diganti dalam pilihan raya umum yang akan
datang supaya kita tidak menjadi pelarian ekonomi atau hamba ekonomi di
negara kita sendiri," katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan