KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
akan berdepan dengan tindakan mahkamah sekiranya gagal menarik balik
dakwaan 'dalang' yang dikemukakan terhadap Ahli Parlimen Batu, Tian
Chua.
Hal itu dinyatakan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemui media di Lobi Dewan Rakyat, pagi tadi.
“Tian Chua akan ambil tindakan mahkamah kalau Zahid tidak tarik balik dakwaan,” katanya.
Wan Azizah, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata demikian
sebagai mengulas dakwaan Zahid semalam bahawa Tian adalah dalang bagi
pertemuan antara anaknya, Nurul Izzah Anwar dan Jacel H. Kiram, anak
perempuan kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III.
Tambahnya lagi, tidak wajar Zahid menuding jari kepada Nurul Izzah
memandangkan beliau menerima jemputan daripada penganjur di Filipina.
“Ia sesuatu yang dipanggil oleh host (tuan rumah), bukan Izzah yang panggil,” katanya.
Semalam, Tian menggesa Zahid menarik dakwaan menjadi dalang dan mahu
menteri berkenaan tampil dengan bukti yang kukuh berkenaan penglibatan
penganjurannya dalam pertemuan tersebut yang berlangsung awal bulan ini.
Bagaimanapun, Zahid ketika mengadakan sidang medianya di Dewan Rakyat
lewat petang semalam bertegas tidak akan menarik balik dakwaan itu dan
mahu Tian memberi keterangan kepada pihak polis dan mahkamah, sekiranya
benar-benar mahu menafikannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan