Isnin, 30 November 2015

Terkejut lihat suami tergantung di alang rumah


Terkejut lihat suami tergantung di alang rumah
Isteri mangsa yang sedih melihat suaminya tergantung di rumah mereka di Kampung Orang Asli Ulu Chembong, semalam. Gambar kecil: Anuar Haron


REMBAU – Seorang isteri terkejut apabila terlihat suaminya, Anuar Haron, 27, tergantung di alang rumah sebaik meninjau ke dalam rumah melalui tingkap hadapan rumah mereka di Kampung Orang Asli Ulu Chembong, di sini, semalam.

Sinar Harian difahamkan, dalam kejadian berkenaan, isteri mangsa, Are Syakdan, 25, dan tiga anak berusia setahun sembilan bulan hingga 9 tahun bermalam di rumah saudara mereka yang terletak selang beberapa rumah sahaja.

Menurut Tok Batin Kampung Orang Asli Ulu Chembong, Lebat Johor, dia didatangi isteri mangsa ketika berhenti minum di sebuah kedai berhampiran setelah pulang dari kebun lebih kurang jam 9.25 pagi.

“Are bagi tahu nampak suaminya tergantung bila tinjau dari tingkap.  Saya terkejut sebab belum pernah lagi berlaku kejadian sebegini sejak kampung ini dibuka hampir 80 tahun lalu.. saya terus ke rumah mangsa.

“Saya cuba buka pintu tetapi dikunci dari dalam.  Jadi saya hanya dapat tinjau dari tingkap depan rumah dan nampak mangsa tergantung dengan tali terjerut di lehernya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Lebat berkata, sejak dari malam semalam (kelmarin) kedengaran bunyi muzik yang agak kuat dipasang dari rumah mangsa.

“Memang Anuar sering buka lagu kuat-kuat dan saya dah biasa dengan bunyi ni.. cuma saya tak sangka dia akan buat seperti ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.


1 ulasan:

JUNAIDI berkata...

SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA