Jumaat, 27 November 2015

LEBIH BAIK KU NAN LARANG SEKALI TUN M JANGAN PIJAK PWTC!!

shahbudindotcom

 

 
 
 
Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata,  UMNO masih mempertimbangkan sama ada mahu menjemput atau tidak bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menghadiri Perhimpunan Agung UMNO  (PAU 2015) tahun ini.

Sambil mengatakan perkara itu akan dibincangkan dalam masa terdekat, Tengku Adnan juga mengatakan, "secara peribadi, saya rasa mungkin Tun Mahathir tidak akan datang. Sejak kebelakangan ini beliau kerap menghentam parti.

"Apa-apa pun kita tunggulah...nak jemput atau tidak," katanya lagi.

Soalnya, kenapa perlu nak dibincangkan lagi? Bukankah sudah tradisinya bekas-bekas pemimpin dijemput hadir?

Tidakkah Tun Mahathir bekas pemimpin kita yang banyak berjasa dan beliau berhak diberikan jemputan sebagai penghormatan kepadanya?

Apa yang mahu ditunggu lagi dan kemudian pandai-pandai  pula Tengku Adnan mengatakan Tun Mahathir mungkin tidak menghadirinya.

Sama ada hadir atau tidak, biarlah keputusan itu dibuat oleh Tun Mahathir dan bukan Tengku Adnan yang wajar membuat andaian awal mengenainya.

Tetapi begini sajalah - jika UMNO ingin mencipta satu lagi sejarah, sebagaimana sebelum ini telah mencipta sejarah baru dengan tidak membenarkan Muhyiddin Yassin merasmikan perhimpunan sayap-sayap, adalah lebih baik Tun Mahathir yang pernah menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO selama 22 tahun, tidak dijemput sama sekali untuk menghadiri PAU 2015 kali ini.

Tidak cukup dengan itu, UMNO juga perlu mengeluarkan arahan rasmi agar Tun Mahathir tidak dibenarkan langsung menjejakkan kakinya ke kawasan sekitar Dewan Merdeka, PWTC sepanjang berlangsungnya perhimpunan itu antara 8 hingga 12 Disember.

Bahkan, semua pihak yang pernah mengkritik dan menghentam Najib juga jangan dijemput  dan dilarang sama menjejakkan ke PWTC.

Biarlah tahun ini mereka yang dalam kategori pembodek dan pengampu saja yang dijemput menghadirinya.

Baru PAU 2015 ini ada kelas!!

Tapi, jangan pula selepas ini Tengku Adnan buat pusingan U sekali lagi sepertimana tindakannya semalam berhubung mahu menjadikan PAU 2015 ini sebagai acara tertutup dan tidak dihadiri pihak media tetapi kemudian menafikan ada memberi kenyataan sebegitu.

Tiada ulasan: