Rabu, 25 November 2015

RM1.5 juta kos baik pulih IPD lesap, SPRM perlu siasat polis

Oleh: Ermizi Muhamad


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, integriti polis semakin diragui ekoran berlakunya gejala pecah amanah membabitkan pengurusan dalaman pihak berkuasa itu.

Beliau merujuk sejumlah RM1.5 juta peruntukan baik pulih Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi yang didakwa diselewengkan pada perbelanjaan yang tidak wujud seperti didedahkan akhbar The Sun dalam laporan muka hadapannya hari ini.

Malah, kes itu turut diakui Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Siasatan) Bukit Aman, Datuk Hamza Taib yang turut memaklumkan siasatan terhadap perkara itu sedang dijalankan.

“Bayangkanlah ini kes terbesar melibatkan Bukit Aman. Bagaimana pula dengan kes-kes terpecil seperti di IPD, IPD lain yang tidak diketahui umum?

“Sepertinya amat mencurigakan bagaimana pihak berkuasa polis juga kini terpaksa mengambil laporan dan menyiasat di jabatan sendiri,” ujar Tony Pua dalam sidang media di Lobi Parlimen hari ini.

The Sun melaporkan satu pasukan khas dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) mendapati lebih RM1 juta digunakan untuk tender yang tidak wujud bagi kos membaik pulih IPD Dang Wangi.

Bahkan, pasukan itu mendapati terdapat cop getah pendua digunakan untuk ‘mengesahkan’ dokumen palsu itu.

wang tersebut sepatutnya digunakan untuk pembaikkan dan membekalkan pelbagai barang pada tahun tahun lepas.

Oleh itu, Eng menegaskan siasatan menyeluruh perlu dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan penyelewengan itu.

“Kita perlukan siasatan telus daripada SPRM untuk menyiasat pendedahan ini dan individu yang terlibat itu perlu didakwa di mahkamah dan dikenakan tindakan mengikut perundangan sedia ada.

“SPRM perlu campur tangan dan tidak membiarkan pihak polis menyiasat dakwaan ini kerana adalah tidak masuk akal kalau pihak polis yang siasat kes ini sendiri,” tegasnya.

Tiada ulasan: