Selasa, 17 November 2015

Penjelasan skandal berkembar k'jaan cubaan ‘cuci habis’

MALAYSIAKINI


 


Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini membidas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berhubung penjelasannya mengenai isu 1MDB dan 'derma' RM2.6 bilion di Parlimen semalam dengan menyifatkannya sebagai percubaan ‘cuci habis’.

"Apa guna ada seorang menteri kewangan kedua jika beliau tidak dapat menjadi seorang gladiator Rom masuk ke gelanggang Coliseum seperti zaman dahulu untuk melawan singa?

"Jawapan Husni mengenai skandal berkembar mega itu adah cubaan ‘cuci habis’ yang memalukan, ia hanya membuktikan kerajaan Najib mempunyai banyak untuk disembunyikan daripada didedahkan berhubung derma RM2.6 bilion dan skandal mega RM50 bilion 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, Husni dilantik sebagai jurucakap kerajaan mengenai 1MDB sejak dua bulan lalu dan sepatutnya mempunyai masa yang mencukupi bagi membiasakan dirinya dengan segala kerumitan dalam memberi jawapan terhadap isu yang dibangkitkan ke atas syarikat pelaburan negara itu.

Malah, kata Lim, Presiden MDB Arul Kanda Kandasamy juga menyediakan ‘pentas’ untuk Husni melalui penjelasannya mengenai syarikat sarat hutang itu pada satu seminar Sabtu lalu kepada ahli-ahli Umno, badan bukan kerajaan yang berkaitan dengan parti itu serta agensi kerajaan.

Namun, menurutnya, Husni tidak akan terlepas daripada mengulangi penjelasan Arul Kanda di Dewan Rakyat dengan kehadiran ahli parlimen ‘agresif seperti wakil Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan wakil Pandan, Rafizi Ramli.

"Husni bijak kerana tidak cuba untuk mengulangi penjelasan Arul Kanda dengan adanya ahli parlimen agresif di Parlimen, beliau tidak boleh lari,” katanya.

Lim berkata walaupun Arul Kanda mendakwa 1MDB adalah syarikat paling kerap disiasat di negara ini, hakikat sebenarnya, ia adalah syarikat yang disiasat secara paling dangkal.

Tiada ulasan: