Jumaat, 20 November 2015

Beberapa laluan ditutup sempena kehadiran Obama


jalan tutup
Jadual tugas pegawai trafik yang tersebar sejak semalam.
 

VIRAL di aplikasi WhatsApps sejak semalam berhubung penutupan beberapa jalan di Lebuhraya Persekutuan jam 3 petang ini berikutan kedatangan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Menurut mesej itu, orang ramai diminta menggunakan laluan alternatif lain kerana semua jalan keluar masuk Lebuhraya Persekutuan akan ditutup mati.

"Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama akan melalui Lebuhraya Persekutuan dari Subang ke Kuala Lumpur.

"Penutupan jalan dalam sekitar jam 3 petang, harap maklum, gunalah jalan alternatif yang lain," menurut mesej itu.

Dalam pada itu, turut tersebar di laman sosial ialah jadual tugas kawalan lalu lintas lawatan Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia 2015 dari Kolej Taylor  Subang Jaya ke Kuala Lumpur.

Berdasarkan maklumat tersebut antara jalan yang akan ditutup mati ialah lorong motosikal dari Shah Alam di susur Subang, susur keluar Subang Jaya ke Lebuhraya Persekutuan, sebelum susur turun flyover Persiaran Kewajipan Jalan LTAAS.

Lebuhraya Persekutuan (jam besar) dari arah Shah Alam,  susur naik Majlis Link Kelana Jaya, susur masuk Nan Yang Siang Pau, susur naik dan turun Jambatan Motorola, susur masuk Sungai Way, susur naik Jalan Klang Lama/NPE

Susur masuk Jalan 51a/225, susur masuk dan keluar Jalan 222, susur naik dan turun Jalan Barat, Jalan Timur, susur turun Jalan EPF, Gerbang Kota Darul Ehsan (sempadan Petaling Jaya/Kuala Lumpur).

Sementara itu, tinjauan Sinar Online di laman mikro Twitter, rata-rata netizen mempersoalkan penutupan jalan hanya kerana kedatangan pemimpin itu.

Nuaaaaaaa ‏@AnwarZainuddinn menulis "sebab kan obama sorang je habis tutup jalan federal highway tu."

Tiada ulasan: