SM AMIN & NAWAR FIRDAWS
Timbalan Menteri Dalam
Negeri, Masir Kujat berkata peraturan di bawah akta tersebut menekankan
empat aspek yang perlu diberi perhatian oleh Lembaga Penapisan Filem
(LPF) iaitu kententeraman awam dan keselamatan, sosial budaya,
keagamaan, kesopanan dan kesusilaan.
KUALA LUMPUR, Kerajaan akan memastikan filem-filem di
Malaysia ditapis mengikut prosedur-prosedur yang ditetaapkan di bawah
Akta Penapisan Filem walaupun terdapat menteri kabinet yang meminta ia
diubah.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir
Kujat berkata peraturan di bawah akta tersebut menekankan empat aspek
yang perlu diberi perhatian oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) iaitu
kententeraman awam dan keselamatan, sosial budaya, keagamaan, kesopanan
dan kesusilaan.
“Kerajaan ada LPF dan panduan-panduannya…memang ada seorang menteri beri pandangan (LPF lebih terbuka).
“Kita ikut apa yang ditetapkan, tidak
mungkin kita ubah fikiran. Di LPF kita ada pengerusi dan ahli-ahli yang
bertindak seperti apa yang tertakluk di bawah Akta Filem 2002,” katanya
di Dewan Rakyat di sini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan
tambahan daripada ahli Parlimen PAS-Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik
Abdul Aziz yang meminta kerajaan menyatakan sama ada akan meneruskan
sistem dan garis panduan sedia ada atau mengubahnya seperti yang
dicadangkan oleh menteri kabinet tersebut.
Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum ini
menyifatkan LPF berfikiran sempit ketika mengulas garis panduan
penerbitan drama dan filem yang dikeluarkan oleh LPF baru-baru ini.
Kata Azalina, adegan seperti berpelukan
tidak perlu diperbesarkan kerana ia hanya sekadar lakonan yang tidak
mengundang ke arah maksiat terhadap penonton.
“Kalau nak cakap babak-babak itu boleh
mengundang perlakuan tidak senonoh, rasanya tidak perlu medium
televisyen kerana di internet, hanya di hujung jari saja sudah boleh
mempengaruhi masyarakat.
“Kita tidak boleh berfikiran sempit.
Kalau semua tak boleh, takkan nak bercakap dengan bantal?” kata bekas
Pengerusi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan