DI saat rakyat Kelantan sudah sinonim dengan
pentadbiran Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, baton kerajaan negeri
dilepaskan kepada timbalannya, DATUK AHMAD YAKOB atau
lebih mesra dengan panggilan Datuk Mad. Pemergian Tok Guru ketika Datuk
Mad memasuki tahun kedua pemerintahan memberikan makna yang besar kepada
penaburan kerajaan negeri.
Wartawan Mohd Zailani Abd Rahman dan Rosmiza Kasim berpeluang
mengadakan sesi temu bual dengan Menteri Besar itu di pejabat beliau
semalam.
Pemergian Allahyarham meninggalkan kesan kepada rakyat Kelantan. Bagaimana Datuk lihat perkara ini?
Kita terima dua perkara besar, banjir dan pemergian pemimpin yang kita
sayang, ulama dan pemimpin politik yang disegani. Saya secara peribadi
sangat hormati beliau. Kita rasa kesunyian dari segi keilmuan kerana
Tok Guru ini walau di mana sahaja berada dia sentiasa mengeluarkan
mutiara ilmu yang ada padanya sebagai seorang ulama yang sarat dengan
ilmu, bila-bila masa sahaja dia boleh keluarkan apa sahaja ilmu.
Contohnya waktu berkhutbah, jika kita sentiasa ikut, secara spontan
baca ayat al-Quran dan mengulas mengikut masa dan keadaan. Memang
menarik. Ini yang kita rasa kesunyian dari segi sumber ilmu.
Apa yang dilakukan kerajaan untuk mengambil semangat Tok Guru dalam pentadbiran kerajaan negeri?
Walaupun rasa sunyi kita mempunyai semangat untuk mengembalikan semula
cara hidup dan pendekatan politik yang dibawa oleh Tok Guru. Mungkin
sebahagian besar masyarakat akan datang perlu memahami kehendak politik
Tok Guru iaitu politik Islam. Ia telah diberitahu oleh Tok Guru
berkali-kali, politik yang syumul. Selama ini orang memahami politik
mengikut kaca mata barat. Sebenarnya bagi Tok Guru dan kita pejuang
Islam ini. Islam itu agama yang tidak boleh dipisahkan dengan
pentadbiran, begitu juga dakwah dengan politik.
Ini kita kena teruskan usaha yang telah dijelaskan oleh Tok Guru bahawa
politik Islam itu politik yang syumul, lengkap yang ditinggalkan oleh
Rasul dan selama ini telah dikaburi oleh penjajah barat menyebabkan
sebahagian besar perundangan dan mualamat Islam ditindas.
Contohnya amalan riba, dalam muamalat Islam kita tekankan sangat supaya dalam bidang muamalat ini supaya semua tidak dizalimi. Sebab itulah awal-awal lagi Tok Guru ketika dilantik sebagai menteri besar, dia mengarahkan supaya kewangan riba, simpanan wang kerajaan di bank-bank konvensional dipindah kepada bank Islam. Itu satu usaha awal yang beliau hendak samakan dari segi ilmu teori dan kerja. Apabila ada kuasa kita bertukar terus kepada bank amalkan secara Islam.
Begitu juga dengan perkara-perkara lain, contohnya seperti wayang kulit, ketika itu suatu budaya ada unsur-unsur syirik dan boleh menyeba kepada lalai dan percaya kepada tahyul seperti adanya daripada jelmaan, kayangan bentuk khayalan. Apabila kita berkuasa, kita buang dan tidak mengeluarkan kebenaran untuk mana-mana wayang kulit dalam versi lama kerana ada unsur-unsur yang khayalan dengan syirik. Dengan senang berhenti.
Waktu itu, guru pondok telah mengajar bahawa wayang kulit ini memang tidak boleh, bukan kita tidak benarkan dari segi kebudayaan, tetapi unsur syirik dan khayalan itu banyak, tetapi orang kampung tetap juga pergi tengok, kita ada sikit kuasa kita guna kuasa ini untuk supaya tidak keluarkan lesen oleh pihak jajahan dengan sendirinya hilang. Kita bukan tutup terus tetapi kita tukar kepada satu visi baharu. Bukan kata pentadbiran Tok Guru tutup kepada itu, kita masih kekal kebudayaan wayang kulit cuma pengisian kita ubah. Daripada khayalan kepada lebih tepat dengan boleh mendidik rakyat. Yang saya rasa pembaharuan yang boleh dibuat secara tidak langsung.

Selepas pemergian beliau, Tok Guru seolah-olah diangkat dan
dijulang sama ada kawan mahupun lawan. Malah hari pengebumiannya
mencatatkan kehadiran yang begitu ramai. Apa pandangan Datuk mengenai
perkara ini?
Maknanya kehilangan Tok Guru bukan sahaja kepada Pas, tetapi keseluruhan rakyat Malaysia, sampai Perdana Menteri berhenti berucap dalam satu majlis. Kita tidak jangka sampai begitu tetapi selepas arwah kembali, kesannya begitu tinggi, atas sifat dan keikhlasan Tok Guru dalam semua perkara, penampilan, cara kesederhanaan dia dan sifat zuhud dan warak, ini ada pada Tok Guru dan melekat pada hati manusia. Seorang pemimpin yang melekat hati dalam hati manusia.

Antara penekanan yang penting Tok Guru ialah hudud, malah ia juga
disebut oleh anaknya Nik Muhammad Abduh di saat-saat akhir pemergian
beliau. Apa tindakan kerajaan bagi memastikan perlaksanaannya berjalan
seperti yang dihasratkan Tok Guru.
Ya, sememangnya kepimpinan Tok Guru pada 1993 yang berusaha sekian lama, kita masih ingat usaha di bawah Tok Guru dan sahabat-sahabat telah bekerja keras untuk menyediakan Draf Kanun Jenayah Syariah II dan berjaya dibentangkan pada 1993. Hasrat jemaah kita kerajaan di bawah pimpinan Tok Guru untuk melaksanakan tuntutan agama Allah SWT ini kerana kita faham dan belajar Islam hanya undang-undang Allah SWT sahaja yang paling adil dan paling tepat untuk kita laksanakan. Bagaimanapun Tok Guru berkata apabila hendak laksana ada halangan pada waktu itu, dia kata seperti mana kita mengendalikan kenderaan apabila lampu isyarat merah kita berhenti, tapi kita tidak matikan enjin. Apabila lampu isyarat hijau kita jalan.
Jadi secara kebetulannya benda ini berlaku pada zaman saya. Apabila saya jadi menteri besar dan ditawar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir mengatakan negeri yang berhasrat untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah hendaklah sanggup
membantu menyokong di peringkat Parlimen. Sebab kita tahu ada halangan berlaku, sekiranya dua perkara ini boleh diterima pindaan di peringkat parlimen insya-ALLAH Kanun Jenayah Syariah II dapat dijalankan, pertama ialah Akta 355 dan 76. Itulah, hasrat Tok Guru dam ia selari dengan keputusan parti, Insya-Allah, kita yang ada pada hari ini sedang membuat persiapan.
Kita sedang usahakan pencerahan lagi kepada Kanun Jenayah Syariah II 1993 dan ia hendaklah kita bawa dalam Sidang Dun negeri yang khas yang sepatutnya diadakan pada 29 Disember 2014, namun kerana banjir kita tangguh, sememangnya kita hendak perelokkan lagi maka beberapa pindaan mesti dibawa kepada Dewan.
Perlaksanaan bergantung kepada dua perkara di Parlimen sebab kuasa membenar melaksanakan Kanun Jenayah ini ialah di bawah kuasa Parlimen sama ada kita dapat bawa Rang Undang-undang Persendirian untuk pindaan kepada akta Mahkamah Syarak Akta 355 ataupun perkara 77 A.

Adakah kerajaan negeri akan memastikan pelaksanaan hudud tahun ini?
Kita bergantung kepada dua perkara itu, kita siapkan kanun kita dahulu sebab ada pindaan. Kita akan jalan sekiranya mendapat laluan untuk membawa undang-undang persendirian dan diluluskan

Datuk sudah lama bersama Tok Guru, pernah menjadi timbalan beliau. Apa pesanan yang sentiasa jadi ingatan Datuk?
Dia banyak berpesan berhubung akhirat. Katanya dalam diri kita ini ada cetusan baik dan tidak baik. Dia kata kalau kita jaga diri kita bersih kita selamat. Kalau kita ikut benda tidak betul kita tidak selamat. Itu ambo selalu ingat. Bagi tok guru dia lebih menasihatkan supaya perbetulkan sikap kita. Siapa yang menjaga diri akan selamat. Dalam kerja pentadbiran, perniagaan, mengajar kena ambil pendekatan yang sama. Insya-Allah pesanan itu sentiasa melekat dalam hati saya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan