Malah kejadian itu turut menyebabkan ibu kepada pengadu yang merupakan seorang warga emas cedera dan patah beberapa batang gigi akibat ditarik ke luar rumah hingga terjatuh sebelum penyamun tanpa belas kasihan meragut barangan kemas milik mangsa lalu melarikan diri.
Ketika kejadian, Zaleha Awang, 42, bersama ibunya Mek Che Mat, 85, sedang mengemas rumah sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha sebelum didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Honda berwarna kelabu.
"Seorang daripada suspek itu meluru masuk ke dalam rumah dengan membawa sebilah kelewang panjang walaupun saya cuba menghalangnya daripada masuk,"katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Ahad.
Ekoran itu, terjadi pergelutan antara suspek dan mangsa hingga menyebabkan teman suspek yang menanti di dalam kereta turut naik ke rumah dan mengacukan kelewang di dada Zaleha sebelum meragut gelang tangan emasnya.
Zaleha berkata ibunya pula ditarik suspek hingga ke tepi longkang rumah sebelum gelang tangan emasnya direntap dengan kasar hingga menyebabkan luka dipergelangan tangan manakala beberapa batang giginya pula patah akibat terjatuh ditarik suspek.
Katanya kedua-dua suspek melarikan diri dengan dua utas gelang emas yang dianggarkan bernilai RM20,000.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Besut Supritendan Khaled Che Lah ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian dan berkata warga emas itu serta anaknya dibawa ke Hospital Besut untuk pemeriksaan.
Katanya siasatan masih dijalankan dan setakat ini operasi mengesan kedua-duapenyamun itu sedang dipergiatkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan