Oleh Lyn Nasir
KUALA LUMPUR : Video aksi Datin Seri Rosmah Mansor menyenggol
bahu Datuk Seri Najib Razak dalam satu majlis rasmi bersama pemimpin
Indonesia menjadi viral di
laman sosial dan mendapat kritikan hangat orang ramai.
Insiden
tersebut berlaku ketika Najib yang diiringi isterinya itu menghadiri
upacara mengangkat sumpah Joko Widodo sebagai Presiden Indonesia
ketujuh, di Jakarta Isnin lalu.
Rosmah yang duduk bersebelahan, mengalih pandangan ke arah Najib
terlebih dahulu sebelum menyenggol kuat bahu Najib sehingga kejadian itu
disedari orang yang duduk bersebelahan mereka.
Malah perlakuan Rosmah itu turut ditayangkan dalam slot berita perdana RTM pada hari yang sama.
Video berdurasi selama tiga saat itu secara jelas memperlihatkan
tindakan Rosmah berkenaan sangat memalukan kerana sanggup memperlakukan
Najib sedemikian rupa di hadapan umum.
Tingkah laku Rosmah itu bahkan menjadi ‘buah mulut’ rakyat Malaysia.
Salah seorang pengguna facebook, Terence Yeoh berkata, “tiada apa
yang terkejut, rakyat Malaysia sudah tahu siapa ‘bos’ sejak dulu lagi”.
Murni Sootchi pula menyatakan: “punya lah kuat singgung…sekarang
tahulah kita macam mana PERMATA dapat peruntukan RM711 juta dalam Bajet
2015″.
Pengguna
bernama Bigbosman Bos Buat turut membidas kelakuan Rosmah itu dengan
berkata, “apa yang big mama menyasak kat situ..lepas itu buat
perangai…menjatuhkan maruah PM je.. kampungan betullah…”.
Sarif Sharifuddin pula mempersoal – “agaknya di rumah macam mana yer…(Rosmah)”, tulisnya di facebook.
Ada juga yang memberi jolokan Rosmah sebagai ‘queen control’, ‘contoh
wanita mithali, ‘Malaysia first lady’, selain menyifatkan tindakan
Rosmah itu sebagai ‘memalukan
Malaysia’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan