PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya 2,000 penduduk di Pangsapuri Teratai
di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung diarahkan berpindah ekoran kejadian
tanah runtuh yang berlaku pada pagi Isnin.
Ketua operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baru, Komander
Azhar Tajudin berkata kejadian pergerakan runtuh itu berlaku di Block F,
Pangsapuri Teratai.
Azhar berkata seramai 12 orang anggota dikerahkan ke tempat kejadian
selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.44 pagi.
Penduduk pangsapuri tersebut ditempatkan di lokasi sementara di tiga sekolah berhampiran.
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat masih memantau situasi semasa di pangsapuri lima tingkat berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan