MALAYSIAKINI
Laman sosial Facebook semalam menyelesaikan pengambilalihan AS$19 bilion aplikasi komunikasi WhatsApp.
Menlo Park, syarikat berpangkalan di California mengumumkan rundingan itu pada Februari.
Facebook membayar AS$12 bilion dalam bentuk saham dan AS$4 bilion tunai.
Rundingan itu termasuk tambahan AS$3 bilion saham Facebook untuk pengasas dan pekerja WhatsApp.
Bagaimanapun, nilai saham Facebook meningkat sejak Februari, menjadikan rundingan itu bernilai kira-kira AS$21.8 bilion.
WhatsApp sebelum ini dilapor akan diurus secara berasingan daripada Facebook.
Antara semua aplikasi pesanan mesej, WhatsApp mengungguli tempat teratas
dengan 600 juta pengguna di seluruh dunia, berdasarkan Suruhanjaya
Eropah, badan eksekutif Kesatuan Eropah.
Ia popular di Eropah, Amerika Latin dan tempat-tempat tertentu di Asia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan