MALAYSIAKINI
Para peminjam yang culas membuat bayaran kepada Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bakal disenarai hitam dalam Sistem
Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).
Laporan Berita Harian menyebut, langkah terbaru itu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.
Tindakan senarai hitam dalam sistem yang ditubuhkan oleh Bank Negara itu
akan menyekat peluang peminjam terbabit untuk memohon pembiayaan dengan
agensi kewangan lain.
Langkah berkenaan akan dimulakan dengan usaha mengutip semula dana
berjumlah kira-kira RM1.2 bilion daripada 170,000 peminjam yang
dilaporkan langsung tidak pernah membuat bayaran sejak 1998 hingga 2010.
Ia bagi menampung dana perbadanan tersebut yang dilaporkan mengalami penyusutan serius.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan semalam mendedahkan lebih
setengah juta peminjam tidak melunaskan pinjaman sejak tabung itu
diwujudkan pada Julai 1997.
Seramai 552,000 peminjam tidak membayar walau satu sen kepada PTPTN selepas menamatkan pengajian mereka, katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan