Kira-kira 600 peserta - sebahagian besarnya peguam - mula berarak
daripada Padang Merbok, Kuala Lumpur ke bangunan Parlimen untuk
membantah Akta Hasutan.
Mereka dilihat berlegar-legar di padang tersebut sejak seawal jam 9.30, iaitu satu jam lebih awal daripada masa yang dijadualkan untuk bantahan bermula.
Antara
yang hadir ialah Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong, yang
kelihatan menyambut ketibaan para peserta, dan bekas pengerusi bersama
BERSIH, Datuk S Ambiga; Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan dan ahli
Parlimen pembangkang - Teo Nie Ching, Nga Kor Ming, dan Gobind Singh
Deo.
Kumpulan itu dijadual berarak ke Parlimen yang terletak beberapa ratus meter dari situ, untuk menyerahkan memorandum kepada wakil kerajaan.
Cuaca terik 30 darjah Celsius dengan sedikit tiupan angin dan awan yang bertaburan.
Bagaimanapun, kebanyakan peguam yang hadir memakai kot masing-masing.
Mereka dilihat berlegar-legar di padang tersebut sejak seawal jam 9.30, iaitu satu jam lebih awal daripada masa yang dijadualkan untuk bantahan bermula.
Kumpulan itu dijadual berarak ke Parlimen yang terletak beberapa ratus meter dari situ, untuk menyerahkan memorandum kepada wakil kerajaan.
Cuaca terik 30 darjah Celsius dengan sedikit tiupan angin dan awan yang bertaburan.
Bagaimanapun, kebanyakan peguam yang hadir memakai kot masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan