KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan dipanggil memberi
keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung
prosedur tender pembelian nombor pendaftaran kenderaan.
Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai prosedur operasi standard (SOP) tender berkenaan bagi membolehkan rakyat mengetahui kaedah sebenar mengenainya.
Menurut Nur Jazlan, tender pembelian nombor pendaftaran kenderaan sentiasa menjadi isu dalam kalangan rakyat sehingga memberi persepsi negatif kepada kerajaan dan pemiliknya.
"Justeru, adalah lebih baik JPJ melalui Kementerian Pengangkutan memberi maklumat berkenaan kepada PAC, sekurang-kurangnya dapat menghilangkan kegusaran pada rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata PAC memang bercadang memanggil JPJ selepas mendapat syor Jabatan Audit Negara berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2013.
Bagaimanapun, Nur Jazlan berkata dalam LKAN tersebut ia tidak membabitkan tender pembelian nombor kenderaan, sebaliknya isu lain seperti kelewatan dalam membuka kertas siasatan serta MYSikap.
"PAC akan mengambil peluang untuk turut bertanyakan mengenai proses serta prosedur tender pembelian nombor pendaftaran kenderaan," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan