MALAYSIAKINI
Kumpulan NGO hak asasi manusia merayu agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu akan bersuara pada kerajaan Malaysia berhubung tindakan pihak
yang cuba mengusir masyarakat Orang Asal dari kawasan Empangan Baram di
Sarawak.
Satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh tiga badan tersebut –
Jaringan Orang Asli SeMalaysia (Joas), Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
dan Sungai Antarabangsa (International Rivers) –
membangkitkan mengenai sekatan ke tapak projek tersebut yang dimusnahkan pihak berkuasa.
Sekatan di laluan utama itu didirikan oleh masyarakat Kenyah, Kayan dan
Penan bagi menghalang pembalak dan pemaju empangan – syarikat Sawarak
Energy (SEB) – daripada memasuki kawasan tersebut.
Rayuan berkenaan diserahkan semalam kepada wakil khas Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Victoria Tauli- Corpuz.
"Rayuan itu untuk meminta agar beliau meningkatkan kesedarannya dengan
kerajaan Malaysia mengenai tindakan mereka yang mahu menghapuskan
hadangan itu," kenyataan itu dipetik.
Tindakan untuk merempuh sekatan itu disetai kira-kira 50 orang anggota polis dan 10 kakitangan Jabatan Perhutanan.
Menurut gabungan badan hak asasi tersebut, empangan berkenaan akan
menenggelamkan 26 buah kampung, 400 kilometer tanah persegi dan
menyesarkan antara 6,000 hingga 20,000 orang dari kawasan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan