Oleh AFIX REDZUAN
SHAH ALAM: Mimbar Aidiladha hari ini menyentuh soal tanggungjawab menangani gejala sosial yang semakin meruncing.
Dalam khutbah Aidiladha bertajuk
‘Pengahayatan Aidiladha’ yang disampaikan Mufti Selangor, Datuk Mohd
Tamyes Abdul Wahid menyentuh sikap masyarakat yang menjauhi syariat
Islam disebalik kemewahan dan kesenangan yang dikecapi.
Mengulas khutbah hari ini, Imam Besar
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang baru, Ustaz Farhan Wijaya
berkata masjid mengambil peranan melalui beberapa program sempena cuti
sekolah bagi menerapkan penghayatan masyarakat kepada nilai-nilai
keagamaan.
“Masjid
mengambil peranan mengenai gejala sosial dan kita menyediakan pelbagai
persiapan-persiapan sempena cuti sekolah bagi menangani bersama gejala
sosial yang berlaku.
“Kita mengingatkan kepada masyarakat
supaya gejala sosial ini dapat di atasi bersama dan masjid mengambil
peranan yang besar khususnya di Shah Alam bagi meningkatkan akhlak
remaja malah kesemua akhlak umat Islam supaya bersama-sama menghayati
sejarah Akhlak Nabi Muhamad SAW,” katanya kepada Selangor Kini.
Menceritakan pengalaman pertama melihat
majlis ibadah korban yang dilakukan di Masjid Negeri beliau melahirkan
kegembiraan dengan perjalanan program yang berlangsung baik seperti yang
dirancangkan.
“Alhamdulillah hari ini majlis berjalan
lancar seperti yang dirancangkan dengan baik. Kita nampak (majlis) kali
ini lebih teratur malahan ia telah berlaku setiap tahun.
“Alhamdulillah peningkatan peserta dan
pengunjung yang hadir untuk menyaksikan majlis ibadah korban untuk tahun
ini,” katanya lagi.
Sebagai saranan sempena Aidiladha beliau berkata orang Islam perlu berkorban kerana Allah SWT.
“Hari raya korban bukan bererti korban
binatang semata-mata tetapi mengorbankan jiwa raga kita, penat lelah,
masa, duit kepada Allah dan korbankan juga nafsu kita supaya perpaduan
di Selangor ini terjalin lebih baik,” tambahnya lagi.
Ustaz Farhan Wijaya menerima surat lapor
diri untuk bertugas di Masjid Negeri pada 1 Oktober lalu menggantikan
Ustaz Ahmad Mustafa Mohd Sidin yang meninggal dunia di Institut Jantung
Negara (IJN) pada 10 Jun lalu.HM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan