MALAYSIAKINI
Polis menahan seorang lelaki tidak siuman dipercayai membakar rumah
milik seorang tukang kebun di Kampung Beting Lintang, dekat Besut,
semalam.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah ketika dihubungi berkata
tangkapan dibuat pada kira-kira 12.30 tengah hari, selepas kejadian
kebakaran pada 11.50 pagi, semalam.
"Polis yang berada di lokasi kebakaran telah melihat lelaki berkenaan
berjoget-joget di hadapan rumah mangsa yang sedang terbakar dan
menahannya selepas ia menjerit-jerit apabila melihat api sedang marak,"
katanya ketika dihubungi di Besut hari ini.
Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengetahui status
suspek yang berusia 29 tahun itu, termasuk melakukan pemeriksaan
kesihatan ke atasnya.
Pemilik rumah, Mat Jusoh Daud, 35, tukang kebun di Resort Tok Bali
Kelantan berkata rumah kayu berusia 10 tahun tersebut sedang dibaik
pulih dan beliau bersama isteri dan empat anaknya merancang untuk
berpindah ke situ, pada awal tahun depan.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan