Harga Minyak Malaysia (Rm2.30) Antara
Terendah di Asia Tenggara. Indonesia, Singapura, China, Filipina,
Vietnam, Thailand Pun Kalah Dengan Malaysia? Masih belum terlambat lagi
lagi untuk Berita Semasa mengucapkan Salam Aidil Adha untuk semua umat
Islam di malaysia amnya. “Salam pengorbanan” untuk semua rakyat di
Malaysia. Ehem….
Jikalau mahu dibandingkan dengan lain
menteri kabinet di Malaysia, dilihat Ahmad Maslan yang dilihat lebih
cenderung untuk tampil ke hadapan dengan “kesetiaan” yang tidak berbelah
bahagi sebagai perisai mempertahankan asakan daripada rakyat marhaen
yang acapkali terkena kejutan dengan dasar dan tindakan oleh kerajaan
Malaysia umumnya dan bosnya Datuk Seri Najib Razak amnya.
Ada yang mengatakan lebih diam daripada
berbicara. Jikalau mahu berbicara biarlah bermanafaat kepada orang lain
tanpa mengelirukan pemikiran pengikut anda. Mungkin Ahmad Maslan ada
alasan tersendiri untuk bertindak sebegitu rupa. Ehemm….
Terbaru, Ahmad Maslan telah menjumpai
fakta terbaru yang boleh dikongsikan bersama serta digunakan sebagai
senjata dan perisai bagi menghalalkan tindakan pengumuman kenaikan harga
minyak baru-baru ini yang mana anda boleh semak kenyataan dan respon
balas orang ramai pada paparan di bawah ini :
Perbandingan harga Minyak Minyak Malaysia Vs Harga di Brunei, Singapura, Indonesia, Thailand?
- Patutkah kita bandingkan dengan negara-negara yang tidak mempunyai simpanan minyak seperti Singapura, Thailand, Filipina contohnya? Adilkah?
Keduanya mengapa perlu tukarkan matawang setiap negara ini kepada matawang Malaysia?- Contohnya US$1 = RM3.20. Sepatutnya bandingkan setiap negara itu kepada matawang negara mereka.
- Kepada Ahmad Maslan, anda tahukah harga minyak di Brunei hanya serendah BND0.53 seliter sahaja untuk rakyat Brunei? Jikalau pendapatan rakyat Brunei BND1,500 terbebankah mereka dengan kos minyak tersebut?
- Dan tidak lupa juga, kepada Ahmad Maslan. Di Brunei kerete pendaftaran Malaysia akan dikenakan kadar harga yang minyak yang berbeza BND1.10. Itu cara mereka layan rakyat mereka dibandingkan warga asing di Brunei. Berbeza antara keistimewaan bergelar rakyat Brunei VS warga asing di Brunei. Bagaiamana pula di Malaysia? Ehem….
- Dan akhir sekali, Ahmad Maslan mungkin sudah lupa yang mana minyak RON95 yang berkualiti rendah untuk rakyat marhaen mula diperkenalkan di mana harga minyak RON97 diletakkan pada harga yang premium. Masih ingat lagi Ahamd Maslan?
Untuk melihat bukti harga minyak di Brunei contohnya, anda boleh semak laporan Berita Semasadi bawah ini :
KLIK SINI : Negara Terkaya di Dunia 2014 : Negara Jiran Malaysia,
(Singapura RM203,527 & Brunei RM180,171 Tersenarai)
Berita Semasa tidak pasti samada Ahmad Maslan ada masa atau tidak untuk membuat semakan terprinci terlebih dahulu sebelum berkongsi apa yang difikirkan beliau sebagai fakta yang harus dikongsikan bersama follower setia akaun Twitternya. Nah…ini angka yang sebenarnya…
Kepada
Ahmad Maslan, harga petrol yang dikatakan turun pada tahun 2009 itu
bukan harga RON97, tetapi adalah harga bagi RON95. Sebelum 2009, petrol
yang digunakan bagi majoriti rakyat Malaysia adalah RON 97. Pada 2009
bermulanya plan alternatif penggunaan petrol yang lebih murah iaitu
RON95, bagi memberikan kepelbagaian kualiti dan harga minyak kepada
pengguna kenderaan di Malaysia
Bukan sebab harga turun, tetapi disebabkan petrol yang digunakan itu berbeza
Sejarah Harga Minyak di Malaysia (2006-2014)?
Harap maaf Datuk Ahmad Maslan, anda
telah membuat perbandingan yang tidak sepadan…Ini angka sebenarnya
melibatkan tempoh antara 2006 sehingga pengumuman terkini harga minyak
di Malaysia
- 28 Februari 2006 : RM1.92 (naik 30 sen)
- 4 Jun 2008 : RM2.70 (Naik 78 sen)
- 23 Ogos 2008 : RM2.55 (Turun 15 sen)
- 25 September 2008 : RM2.45 (Turun 10 sen)
- 15 Oktober 2008 : RM2.30 (Turun 15 sen)
- 1 November 2008 : RM2.15 (Turun 15 sen)
- 18 November 2008 : RM2.00 (Turun 15 sen)
- 3 Disember 2008 : RM1.90 (Turun 10 sen)
- 16 Disember 208 : RM1.80 (Turun 10 sen)
- 1 September 2009 : RM2.05 (Naik 25 sen)
Minyak RON95 Untuk Rakyat Marhaen Mula Diperkenalkan 2009
- 12 Mei 2009 : RM1.75
- 1 September 2009 : RM1.80 (Naik 5 sen)
- 16 Julai 2010 : 1.85 (Naik 5 sen)
- 4 Disember 2010 : RM1.90 (Naik 5 sen)
- 3 September 2013 : RM2.10 (Naik 20 sen)
- 2 Oktober 2014 : RM2.30 (Naik 20 sen)
Kepada Ahmad Maslan, buka masalah mahal
atau tidak. Masalahnya kenaikan harga minyak dan diesel baru-baru ini
akan menyebabkan kesan rantaian yang dahsyat di mana akan digunakan
sepenuhnya oleh peniaga dan pengusaha yang benar-benar terbeban dengan
kos operasi penrigaan mereka dan tidak lupa juga yang akan mengambil
kesmepatan, yang mana akhirnya kos bebanan tersebut akhirnya akan
dipulangkan semula kepada rakyat marhaen di sini, di sana dan di situ.
P/S : Ahmad Maslan, mungkin tidak
terkesan dengan kos kenaikan harga minyak di Malaysia dengan gaji
berbelas ribu sebulan ditambah lambakan elaun dan kemudahan lain,
termasuklah pengecualian pembayaran minyak di Malaysia. tetapi bagaiaman
pula dengan nasib rakyat marhaen?
PP/S : Mengapa tidak Ahmad Maslan tukarkan kepada matawang USD bandingkan gaji rakyat Malaysia dengan negara luar. Boleh? Erm….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan