NILAI: Dua asrama di tingkat tiga Kolej Legenda Mantin, dekat sini musnah dalam kebakaran malam tadi.
Pegawai operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Abd Razak Abd Rahman
berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.04 malam dan enam
anggota bersama-sama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.
"Kami tiba di lokasi pada 7.09 malam dan melihat api sedang marak di
tingkat tiga di kedua-dua rumah asrama itu," dipetik Bernama.
Abdul Razak berkata, api berjaya dikawal dalam tempoh 20 minit dan dipadam sepenuhnya pada 7.49 malam.
Katanya, pemeriksaan mendapati sebuah daripada asrama itu musnah 100 peratus manakala sebuah lagi 80 peratus terbakar.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana kedua-dua asrama itu tidak berpenghuni ketika kejadian, katanya.
"Kebakaran didapati berpunca daripada api sampah di dalam bangunan
tersebut. Kerugian dianggarkan kira-kira RM300,000," tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan